Q&A STICKER LABEL


MIRRORCOAT STICKER

Material Mirrorcoat sticker sering digunakan untuk penggunaan label produk dan sebarang majlis.
Ianya bukan jenis waterproof tetapi masih tahan lasak untuk digunakan.
Sebagai contoh untuk penggunaan produk big cup (ice blended) ianya masih boleh digunakan dan tidak akan luntur warnanya walaupun sudah terkena air.
Mirrorcoat juga berkilat permukaannya dan sangat cantik dijadikan sticker produk atau sticker majlis.
Mirrorcoat tidak sesuai untuk produk sejuk beku (frozen).
MATERIAL WHITE PP
Material White PP adalah seakan material Vynil. Ianya lebih nipis dan tahan pada air.
White PP boleh digunakan untuk produk sejuk beku (frozen).
Sangat sesuai untuk semua penggunaan.
MATERIAL STICKER FOIL
Material sticker foil adalah jenis sticker berkilat. Kami ada untuk kilatan silver atau gold.
Sticker foil adalah sticker waterproof dan boleh digunakan untuk produk sejuk beku (frozen).
MATERIAL TRANSPARENT STICKER
Material Transparent Sticker ini adalah jenis lutsinar.
Transparent sticker adalah jenis sticker waterproof dan boleh digunakan untuk produk sejuk beku (frozen).
Ianya tampak lebih eksklusif penggunaannya.
Keduanya adalah finishing plastik yang akan ditampal di atas sticker mirrorcoat. Setiap satunya akan ada penambahan harga untuk setiap tempahan.
GLOSS LAMINATE

GLOSS LAMINATE: Permukaan berkilat dan lebih licin
MATTE LAMINATE
MATTE LAMINATE: Permukaan tidak licin dan tampak lebih exclusive
CUSTOM SHAPE

Selain sticker bulat atau petak, kami akan memanggil bentuk selainnya sebagai ‘custom shape’
Ia akan ada penambahan sedikit harga kerana masa pemotongan akan bertambah. Dan akan ada risiko waste sticker yang perlu kami ganti.
Jika bentuk custom selalunya akan memakan ruang sticker untuk setiap helaian. Jadi penambahan helaian perlu dilakukan dalam masa yg sama menaikkan kos sticker.
*bentuk bujur masih dikategorikan dalam bentuk bulat
*square atau retangle masih dikategorikan dalam bentuk petak
KISSCUT STICKER

KISS-CUT : Sticker akan dipotong mengikut bentuk seperti biasa. Sticker setiap satunya tidak dipotong berasingan.
Erti kata lain: Sticker tetap dipotong tetapi masih didalam helaian sticker. Kertas lapisan sticker tidak dipotong sekali.
Contoh untuk sticker bulat 5cm x 5cm anda akan dapat 24pcs untuk setiap helaian sticker.
DIECUT STICKER

DIE-CUT : Erti kata lainnya adalah ‘potong habis’. Pemotongan akan dilakukan bersama kertas lapik sticker.
Die-cut kebiasaannya adalah untuk sticker hadiah. Jika hanya untuk sticker label atau sticker majlis tidak perlu melakukan die-cut.
Die-cut akan dilakukan jika ada permintaan sahaja. Jika tiada permintaan kami akan melakukan kiss-cut seperti biasa untuk pemotongan sticker.
Penambahan harga juga akan ada untuk sticker die-cut.


No comments:

Post a Comment