Monday 1 March 2021

Q & A SILKSCREEN TSHIRT

 



SOALAN LAZIM

1. Apakah jenis kain yang digunakan?

T-shirt Roundneck – 100% Cotton atau Tetra Cotton.

Baju Korporat (F1) – Kain Viscose.

Baju Polo – Kain Lacoste/Honeycomb

Baju Dry Fit (jersey) – Kain Microfiber.

2. Berapakah harga setiap produk ?

Harga setiap produk adalah bergantung kepada kuantiti tempahan & jumlah warna untuk cetakan (printing) atau sulaman (embroidery) pada design anda. Untuk mendapatkan sebut harga, sebaik-baiknya anda hantarkan terlebih dahulu artwork design serta kuantiti tempahan anda kepada kami

3. Bagaimana untuk mendapatkan harga yang sesuai dengan budget?

Untuk mendapatkan harga yang memenuhi kehendak anda, sila ikuti panduan di bawah.

a) Kuantiti

Anda akan mendapat harga yang berpatutan dengan membuat tempahan dengan kuantiti yang banyak contohnya 50 helai keatas. Ini kerana cas blok cetakan dan sulaman dapat dikurangkan.

*Ingat “Tempah Banyak, Harga Murah”

b) Corak (Design)

Harga cetakan (printing) bergantung kepada bilangan warna yang digunakan. Ini adalah kerana semakin banyak warna, semakin banyak blok di gunakan. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, kurangkan bilangan warna untuk corak anda. Jangan risau, jika perlu kami juga boleh cadangkan idea untuk mengurangkan penggunaan warna pada design anda.

Harga sulaman (embroidery) bergantung kepada bilangan tempat sulaman. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, kurangkan tempat sulaman.

c) Formula Murah

Tempah dalam kuantiti banyak + kurangkan warna / tempat sulaman = HARGA MURAH

4. Harga sulaman (Embroidery) tidak sama dengan harga cetakan (Silk Screen). Kenapa?

a) Sulaman (Embroidery)

Harga untuk sulam adalah lebih mahal berbanding cetakan kerana kos blok sulam lebih mahal berbanding kos blok cetakan. Sesuai untuk semua jenis kain terutama kain viscose, lacoste dan cotton.

b) Cetakan (Silk Screen)

Harga lebih murah berbanding dengan sulaman kos blok lebih murah berbanding dengan kos blok sulaman. Sesuai untuk kain cotton, tetra cotton dan microfiber.

5. Boleh tak jika saya nak hantarkan t-shirt saya untuk dicetak sahaja?

Boleh sahaja, tiada kuantiti minimum . Harga pula bergantung kepada jumlah warna cetakan anda.

6. Boleh tak jika saya nak beli/borong tshirt sahaja?

Boleh juga. Tempahan perlulah 30 helai dan keatas. Jika ingin dapatkan harga borong (lagi murah), kuantiti tempahan adalah 100 helai dan keatas.

7. Saya berada di luar Selangor (cth : Sabah, Sarawak), bolehkah saya membuat tempahan dan bagaimana pula dengan penghantaran?

Sudah semestinya boleh. Anda boleh membuat tempahan secara online dari seluruh Malaysia dan penghantaran kami akan gunakan perkhidmatan Poslaju/JnT tetapi kami akan mengenakan caj untuk penghantaran tanpa sebarang keuntungan.

8. Saya tak pandai design baju. Boleh tolong design ke?

Ya. Kami akan design tempahan anda charge design RM10-RM50 bergantung pada kesusahan design anda

No comments:

Post a Comment